24 July, 2009

Ameen….

Posted in I ask Allah, Ijlis bina nu'min saah, Saya suka at 12:38 pm by ~ibn ismail~

اللهم أنتَ أعلم بي من نفسي، وأنا أعلم بنفسي من الناس

فاغفر لي ما لا يعلمون، واجعلني خيرًا مما يظنون

Ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih mengetahui tentangku dari diriku sendiri, dan aku lebih mengetahui tentang diriku dari manusia lain. Maka ampunilah aku apa yang mereka tidak mengetahuinya dan jadikanlah aku lebih baik dari apa yang mereka sangkakan…….

//Doa Abu Bakar As-Siddiq

14 May, 2009

Kiri atau Kanan???!

Posted in I ask Allah, Ijlis bina nu'min saah at 2:14 pm by ~ibn ismail~

kirikananMembuat pilihan sudah menjadi lumrah. Saban hari, kita sudah sebati dengan kiri atau kanan, putih atau hitam malah kita turut memilih antara sekarang atau sebentar. Bermula dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besarnya seperti antara jalan hidup yang haq atau batil. Dalam menyelusuri suka duka kehidupan ini, seseorang harus bijak membuat keputusan samaada untuk empunya diri ataupun orang lain. Allah swt telah berfirman dalam surah Al-Balad, surah ke 90 ayat 10, “Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (kebajikan dan kejahatan)”. Juga sekali lagi dalam surah seterusnya; As-Syams ayat 8-10 yang bermaksud,  “Maka Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketaqwaannya. Sungguh beruntunglah orang yang menyucikannya dan sungguh rugi orang yang mengotorkannya”. Sebagai seorang hamba yang telah berjanji dengan janji yang agung (mu’ahadah) untuk menjadi khalifah di muka bumi ini, kita seharusnya memegangnya ibarat menggigit dengan gigi geraham kita. Kuat dan tegar. Namun, ianya bukanlah semudah yang disangka akal. Meskipun memilih jalan kebaikan adalah fitrah manusia, akan tetapi nafsu dan syaitan sering membisik keji. Pelbagai mehnah (ujian) serta anasir-anasir luaran turut sama memeriahkah sesi pemilihan ini. Nafsu dan akal bertelagah. Jika akal menang, haq-lah pilihannya. Sekiranya nafsu menghantui, maka batil-lah jalannya.

Imam Al-Ghazali mengibaratkan hawa dan nafsu seperti pekerja yang sekali-sekala mendongak kepala melihat kepada tuannya. Apabila mendapati tuannya lalai, maka mereka bertindak menguasainya dan memperhambakannya. Maka jadilah akal manusia itu diperhambakan hawa nafsunya. Sungguh malang dan rugi sekali sekiranya kita tergolong di antara mereka ini. Na’uzubillahi min zalik. Allah swt turut berfirman, “Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.” [Yusuf, 12: 53]. Eksklusif hanya kepada mereka yang berfikir, perlunya peningkatan dalam zatiyah (iltizam) diri untuk memacu ke arah kebaikan (fastabikul khairat). Namun, harus juga wujud kesedaran secara praktikal, agar kita tidak menjadi ibarat sepohon kayu daunnya rimbun tapi buahnya satu pun tiada.

1 May, 2009

Volunteering is so much fun~!

Posted in Events, Ijlis bina nu'min saah at 12:46 pm by ~ibn ismail~

Assalamualaikum wbt….

I just got back from Jolimont train station in Richmond for a very good cause. I’ve participated as a volunteer to sell merchandise to the public in the awareness of collecting the money to brighten up the seriously ill children in all around Australia. It was organised by the Starlight Children’s Foundation Australia and the event was called ‘Starlight Day’ . It was my second volunteering experience. The first one was on April 5th; Run for the Kids (Citylink-Herald Sun) as the finish line drink station assistant.

I would like to share my experience of getting to know the community. At first I was kind of hesitate to be at the event (even I enjoyed filling up the online forms – as always). I was thinking of ‘how am I going to sell things?‘, ‘I’m not good in english’, ‘how about if they ask me things that I can’t answer them?’, ‘I know nothing about Starlight Foundation‘…and the list goes on. But, after I received a  call from my station leader, I had to do it no matter what. No turning back~! I was scared and nervous…

Took off to the station at about 6:20am and reached there 15 mins later, I met Andrew Barcellona – my station leader. He was very nice, good looking young man and he’s my age~! But he’s working now at the EnY-Flinders St. He went to MelbUni and graduated last year in Bachelor of Commerce & IT – he’s sure a very good student..good on him. Having a chat and preparing for the day, he handed me a yellow t-shirt, a cap, a merchandise box and some change.

At about 7am (suppose 7:30am – early start), we started to collect the donation (sell things). After my first sale, I got so (I mean very very so) excited and confident that I can do this. I never thought of selling even a single item (low self-esteem – not good). After a while, people got so many and I went ‘good morning, how are you? want to buy and donate for the kids?’….standard procedure. I was enjoying the moment.

There were also kind-hearted people who gave donations without taking any items. They even gave us uncounted change – practically everything in their wallet/pockets. Among the people I met, some were saying some unpleasant comments such as ‘I don’t have stray change for you guys!‘ or even worse ‘the govt should provide the money, keep the pressure on!‘. Andrew and I took it easy…It was nice to have it straight to your face…Then u’ll know there are many kinds of mentality towards charity campaign.

There you go…I’ve told you earlier…volunteering is so much fun~!  Apart from nice t-shirts, caps, meal vouchers and new friends…u’ll never know what to expect..it’s like a box of choc..(is it really?..naaH)…..Next up, would be Run for Melbourne which scheduled on June 28th and iA The Sound of Light Concert 09. Am looking forward to volunteering again~!

dsc00498

Andrew Barcellona & Jolimont train station lady

merchandise

Run for the Kids

Run for the Kids - briefing session

All in all, I remember this one hadith;

Hadith Ibn Umar Radhiyallahu ‘anhuma

“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar di atas kesakitan yang timbul akibat pergaulan itu, adalah lebih baik daripada seorang mukmin yang tidak bercampur gaul dengan orang ramai dan tidak sabar di atas kesakitan akibat pergaulan itu”

(Al-Tirmidhi 2507, Ibn Majah 4032)

Wslm.

26 April, 2009

Epilog Persahabatan by Farif

Posted in Di suatu masa, Ijlis bina nu'min saah, Saya suka at 1:40 am by ~ibn ismail~

21 April, 2009

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis

Posted in Events, I ask Allah, Ijlis bina nu'min saah at 2:46 pm by ~ibn ismail~

kbaz_formalize_v2_small1

brosurdlm_small1

brochure_dpn_small1


Aman Palestin Berhad adalah sebuah syarikat yang tidak berasaskan keuntungan. Ia ditubuhkan untuk membangunkan kefahaman masyarakat Malaysia mengenai isu-isu Palestin. Dalam memikul tanggungjawab yang besar dan mulia ini, semua peringkat di dalam masyarakat diajak untuk bersama-sama menyokong usaha bagi membebaskan bumi Anbia’ yang bersejarah daripada cengkaman Zionis. Ia memerlukan kerjasama yang erat di dalam menangani isu ini.

Tidak dinafikan lagi bahawa dunia kini menyaksikan kerakusan Zionis dalam usaha mencapai cita-cita besar mereka. Zionis mempunyai agenda utama tersendiri yang tidak dapat disembunyikan lagi, iaitu agenda menubuhkan sebuah negara yang dinamakan “Israel Raya”. Apa yang disaksikan kini, agenda mendirikan sebuah negara yang besar itu tidak mungkin akan tercapai dalam keadaan mereka ditentang dengan penentangan yang amat kuat, sehingga mereka terpaksa berundur sedikit demi sedikit pada ketika dan saat ini.

Justeru itu Aman Palestin dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) akan menganjurkan satu seminar yang bertajuk “Berakhirnya Agenda Zionis” bagi memberikan penjelasan kepada masyarakat khususnya golongan belia supaya melihat semula kegagalan Zionis di dalam mendirikan sebuah negara yang agung tersebut.

Objektif

1. Memberikan kefahaman yang mendalam kepada masyarakat khususnya golongan
2. belia terhadap agenda Zionis yang paling utama untuk menguasai dunia sudah berakhir.
3. Membangkitkan kesedaran tentang bahaya projek Zionis untuk menguasai dunia dan sejauh manakah kesan kewujudan mereka kepada dunia sejagat.
4. Membuat pendedahan kepada masy terhdp propaganda Zionis dlm mendirikan Israel Raya.
5. Memberikan persepsi yang sebenar kpd masyarakat terhadap status terkini agenda Zionis.
6. Memberikan kesedaran tentang langkah-langkah yang boleh dimainkan oleh masyarakat bagi menghadapi agenda Zionis.

Sila layari http://www.kbaz.net/

Hari/Tarikh: Sabtu/9 Mei 2009
Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Yuran Penyertaan: RM 10.00
(yuran penyertaan boleh dibayar pada hari konvensyen tersebut di kaunter pendaftaran)

* Untuk pengesahan kehadiran;
sila hantarkan nama dan nombor IC ke 0196077372.

PEMBENTANG

Dr. Mohsen Saleh
Pengarah Institute of Islamic Political Thought (IIPT), London

Dr. Azzam al-Tamimi
Pengarah Besar, Pusat Penyelidikan dan Pengajian Az-Zaytouna, Lubnan

Dr. Roslan b Mohd Nor
Penerima Anugerah Akademik Institut Al-Makhtoum 2003 & 2006 PhD in ‘Islamic Jerusalem Studies’, Aberdeen University Scotland

ATURCARA KONVENSYEN

8.00 – 8.30 PAGI: Pendaftaran Peserta

8.30 – 9.30 PAGI: PEMBENTANGAN I – Dr. Roslan bin Mohd Nor
(Kejatuhan Islam dan Kewujudan Negara Israel)

9.30 – 10.00 PAGI: Kehadiran VVIP dan VIP
Ucapan Alu-aluan – Ustaz Abdullah Zaik b Abd Rahman
(Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Sdn Bhd)
Ucapan Perasmian – Menteri di Jabatan Perdana Menteri

10.45 – 11.00 PAGI: Jamuan VVIP dan VIP dan jamuan ringan peserta

11.00 – 12.00 TGH: Pembentangan 2 – Dr. Azzam al-Tamimi
(Sejauh Manakah Kesan Kewujudan Zionis pada Dunia Sejagat)

12.00 – 1.00 TGH: Pembentangan 3 – Dr. Mohsen Saleh
(Hakikat Zionis dan Agenda yang Dipropagandakan)

1.00 – 2.00 PTG: Rehat, makan dan solat

2.00 – 3.00 PTG: Pembentangan 4 – Dr. Azzam al-Tamimi
(Peranan Seorang Muslim dalam Menghadapi Musuh Zionis)

3.00 – 4.00 PTG: Pembentangan 5 – Dr. Mohsen Saleh
(Kebangkitan Islam di Palestin dan Status Agenda Zionis Masa Kini)

4.00 – 5.00 PTG: Majlis Penutup
Ucapan Penangguhan – Dr. Kamil Azmi Tohiran
Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

Sebarkan.

We Will Not Go Down by Michael Heart

Posted in I ask Allah, Ijlis bina nu'min saah, Saya suka at 1:20 pm by ~ibn ismail~

14 April, 2009

Guni tarbiyyah

Posted in I ask Allah, Ijlis bina nu'min saah at 2:27 am by ~ibn ismail~

Assalamualaikum wbt….

It’s time to share stories again. =)

I’ve been back and forth from the city and the Allembee camp for the last two days. Today, I went there again late in the afternoon to fetch my two dearest friends. On our way to the camp, there were three of us; Akh F, Akh H and me. About half way down the trip, we have this moment discussing how to get people to accept islam as they should, =)

Akh H: Macamana kita nak bagi org minat islam eh?
Me: Tak tahu kenapa sekarang makin susah org nak accept. It seems awkward. Ke, kita yg salah cara?
Akh H: Mungkin juga. Tapi ntah la…
Me: Macamana kita nak cater org yg dah bercouple for sometimes?
Akh F: Menarik soalan tu…
Me: Kita serkup je….
Akh H: Serkup? dengan apa?
Me: Guni kan byk….
Akh F, Akh H: Hhaaa????
Me: (giggling)…guni la….guni tarbiyyah…ahah
Akh F, Akh H: Lorr…ahaha

The chit-chating went ahead. At that very moment, even I felt it was a joke at first…it came to me that, dealing with people (or should I say, berdakwah) is not as easy as it sounds.

From Umar ra, Prophet SAW once said and I qoute
Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar di atas kesakitan yang timbul akibat pergaulan itu, adalah lebih baik daripada seorang mukmin yang tidak bercampur gaul dengan orang ramai dan tidak sabar di atas kesakitan akibat pergaulan itu

[Al-Tirmidhi 2507, Ibn Majah 4032]

He mentioned that being with people will offer you hardship. However, with the hardship, you’ll eventually know whether you have done your job as a khalifah or not.

2 April, 2009

Pelajaran dari Gaza untuk Kaum Wanita

Posted in Events, I ask Allah, Ijlis bina nu'min saah at 1:43 am by ~ibn ismail~

Oleh Wan Ahmad Sanadi
Ahli ISMA Shah Alam

Alhamdulillah malam semalam, Selasa 24.3.09 saya dapat mendengar penyampaian dari Puan Rasya Al Adlouni (Ummu Muhammad) yang merupakan isteri kepada As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi di Masjid Negeri Shah Alam.

Melihat kepada kekuatan ucapannya dengan suaranya yang begitu bersemangat sambil berdiri terasa seolah-olah yang berucap itu adalah As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi sendiri. Itulah tarbiyah yang telah dilaksanakan oleh Dr Abdul Aziz kepada isterinya yang akan meneruskan usaha-usaha dakwah dan jihad di Palestin walaupun beliau telah pergi menemui Allah swt dalam keadaan “Hidup Dan Mendapat Rezeki DariNYA”.

Puan Rasya Al Adlouni adalah simbol kegigihan wanita Gaza yang telah membuktikan bahwa semangat dan kekuatan wanita yang beriman benar-benar boleh kita jadikan contoh tauladan bagi kaum wanita di negara2 umat Islam lain. Walaupun umurnya sudah 55 tahun dan kini mempunyai 20 orang cucu, beliau masih mampu berdakwah dan menyampaikan kebenaran tanpa ditimpa oleh perasaan lemah dan gentar. Marilah kita menelusuri jejak dan kekuatan wanita2 di Gaza yang sentiasa melahirkan pejuang2 dan mujahid2 yang akan membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Israel.

Inilah kisah sebuah bangsa di atas sejengkal Tanah Suci. Penduduk Syam yang merangkumi Palestin, Lebanon, Syria dan Jordan memang penduduk yang mempunyai sifat keteguhan. Banyak peristiwa yang pernah berlaku di sana dan akan banyak lagi yang kelak akan berlaku di sana di akhir zaman ini. Semua kita harus belajar dari peristiwa ini terutama umat Islam. Semua segi harus menjadi pelajaran termasuk dari sisi kemanusiaan sebagai wanita.

Tahun baru 2009 dimulai dengan kisah duka bagi umat Islam iaitu peperangan di Gaza. Pemandangan yang sangat memilukan. Namun Allah swt menjadikan peristiwa Gaza bukan sekadar untuk menjadi tontonan television dan bualan para wartawan untuk bulan tersebut.

Apa yang kita dengar dari berita:

1. Seorang ibu dari keluarga Samouni di Gaza melahirkan anaknya di tengah-tengah suasana pengeboman.

2. Seorang wanita mengatakan: “Tidak, tanah ini milik kami, apapun yang mereka lakukan tanah ini milik kami, kami akan tetap menentang mereka (Yahudi).”

3. Seorang wanita muda pergi ke kedai roti untuk membeli roti dan terpaksa beratur berjam-jam di tengah-tengah ledakan bom di Gaza. Ketika ditanya oleh wartawan mengapa ia tetap pergi ke kedai roti padahal ia dalam keadaan tidak selamat, ia menjawab: “Tinggal di rumahpun kami dibom sedangkan saya perlu membeli roti untuk keluarga di rumah, jadi saya perlu laluinya juga. kita hanya mati sekali.”

4. Selama 22 hari perang, Israel berjaya membunuh 600 orang anak-anak Gaza dari lebih 1,300 mangsa yang meninggal, tapi selama masa itu pula lahirnya 3,500 bayi baru. Ramai wanita Gaza yang melahirkan kembar samada kembar dua atau kembar tiga.

Sungguh luar biasa, hanya sehari sesudah kedua pihak menyatakan gencatan senjatanya masing-masing, polis lalu lintas sudah bertugas di jalan-jalan di Gaza, bahkan sekolah dibuka kembali kurang dari seminggu sesudah itu. Para murid saling menyapa ketika pertama kali berjumpa: “Hai kamu masih hidup ya?”

Wilayah ini sudah tidak mempunyai bangunan parlimen, tidak mempunyai balai polis (walaupun anggota polisnya bertugas) dan seluruh bangunan pemerintah sudah hancur dibom bahkan masjid-masjid dan hospital serta sekolah tidak luput dari pengeboman.

Infrastrukturnya boleh dikatakan sudah hancur tetapi ternyata struktur masyarakatnya tidak hancur, sistem sosialnya tidak terhapus bersama bangunan-bangunanny a. Solat berjamaah tetap dilaksanakan di tengah-tengah hujan bom di antara runtuhan bangunan dan masjid. Bahkan masjid mengumpulkan dana dari sebahagian jama’ah yang masih mempunyai sesuatu untuk disumbangkan kepada jiran tetangganya yang lebih memerlukan. Inilah sebuah bangsa yang mempunyai daya tahan yang amat tinggi.

Jangan lupa, sebelum peperangan, Israel sudah mencekik Gaza dengan sekatan selama hampir 2 tahun dan itu menyebabkan semua penduduk Gaza mengalami kekurangan makanan kerana sukarnya untuk mendapatkan bahan makanan di samping harganya yang melambung tinggi.

Dengan berita-berita seperti di atas kita telah mendapatkan gambaran betapa anak-anak Palestin dari generasi ke generasi telah ditempa oleh ujian berat dengan pelindung mereka yang tetap teguh yang terdiri dari para ibubapa terutama para ibu yang tetap menggenggam prinsip kesabaran di tengah-tengah ujian yang amat berat itu.

Kita boleh meninjau beberapa kriteria yang menambah kesabaran mereka iaitu:

1. Tidak lemah mental mereka
2. Tidak lemah penampilan mereka
3. Tidak lemah aktiviti mereka

Dari berita-berita yang diterima, para wanita Gaza tidak lemah mental mereka dan tidak akan mengalah kepada penjajah Israel, di mana kebanyakan mereka berpandangan bahwa perjuangan menentang penjajahan tetap akan diteruskan. Tidak ada yang gementar ketakutan ketika mendengar deruan pesawat pengebom di atas kepala mereka. Jika ditanya, mereka berkata dengan nada tegas bahwa mereka tidak takut kepada tentera Israel dan akan melawan dengan senjata alat dapur, jika berhadapan secara terus. Inilah di antara tanda tidak wujudnya kelemahan mental di kalangan mereka.

Selain itu mereka tidak lemah penampilan di mana nampak jelas bahwa mereka tetap tegak ketika diwawancara oleh para wartawan, bahkan mereka masih boleh menyuarakan kekecewaan mereka kepada para pemimpin Arab yang tidak membantu mereka. Bahkan ada yang menunjukkan tangan ke arah kamera. Sikap tubuh mereka jelas menunjukkan bahwa mereka tidak lemah penampilan walaupun sesetengahnya dalam keadaan cedera dan menanggung kesakitan.

Mereka juga tidak lemah dalam aktiviti mereka di mana walaupun tersisa sedikit kesempatan, mereka terus menjalankan aktiviti mereka samada ke pasar berjual beli, memakamkan ahli keluarga dan kerabat sehingga sempat pula bersilaturahim sesama saudara mereka di pasar. Di tengah-tengah aksi pengeboman, mereka sanggup beratur untuk membeli roti dengan mempertaruhkan nyawa mereka. Bahkan ada seorang ibu yang melahirkan anak di tengah-tengah pengeboman dengan hanya dibantu oleh ibunya dengan menggunakan lilin di malam hari.

Berikut adalah beberapa kesimpulan yang dapat dibuat:

1. Wanita Gaza adalah wanita yang sabar, ujian apapun yang menimpa tidak membuatkan mereka gentar ketakutan berbeza dengan wanita Yahudi di Selatan Israel yang sehingga perlu dibawa ke hospital kerana “stress” atau tekanan mental menghadapi roket2 Hamas.

2. Ketabahan mereka ternyata didasari oleh iman dan ketaqwaan kepada Allah swt. Kita melihat mereka mengekang perasaan kesedihan mereka dengan berdoa mengangkat tangan kepada Allah swt mengutuk kekejaman Israel ketika menghadapi keadaan di mana rumah mereka hancur dan ahli keluarga yang terkorban.

3. Kuatnya keganasan dan permusuhan Yahudi justeru membuatkan mereka tetap tegak, teguh dan menentang. Penentangan wanita Gaza bukan dengan mengangkat senjata, tetapi dengan menunjukkan keteladanan dalam sikap berani menghadapi kenyataan peperangan yang keras dan kejam ini di hadapan anak-anak mereka.

Nampak dari raut wajah mereka yang meskipun terurai dengan airmata tapi tetap berwajah tegar manakala anak-anak mereka menatap setiap bentuk bahasa badan ibu-ibu mereka.

Pendidikan apa lagi yang terbaik dan paling efektif selain dari pendidikan menzahirkan keteladanan dalam kesabaran?.

Cubalah kita amati bahasa tubuh mereka ketika diwawancara oleh para wartawan, baik semasa perang mahupun sesudahnya di mana keadaan mereka cukup tenang ketika menceritakan pengalaman mereka.

Kaum wanita di Gaza tidak sesekali menyukai peperangan, namun jika peperangan merupakan takdir bagi bangsanya, kaum wanitalah yang memikul beban berat sebagai mangsa korban. Merekalah yang pertama sekali merasakan sukarnya hidup seharian di tengah-tengah suasana perang bermula dari persoalan mencari keperluan sehari-hari hingga kepada usaha menenangkan anak-anak mereka yang ketakutan.

Belum lagi ditambah dengan jumlah mangsa korban utama sebagaimana di Gaza ini kerana senjata perang Israel sentiasa mengejar wanita dan anak-anak walaupun di tempat-tempat penginapan mereka..

Bagi bangsa yang terjajah dan dizalimi seperti ini, masa depan bangsanya terletak di bahu mereka. Kaum wanita Gaza tidak seharusnya menunjukkan kelemahan mental, ketakutan yang menimbulkan perasaan menyerah kepada musuh atau kelemahan aktiviti yang menyebabkan mereka tidak lagi dapat bergerak menjalani kehidupan mereka.

Jika sikap-sikap kelemahan tersebut yang dilihat oleh anak-anak mereka pada hari ini, maka kita dapat bayangkan bahwa dalam masa 10 tahun ke hadapan, wilayah yang sekarang ini bernama Gaza mungkin akan berdirinya bandar-bandar pelancongan Israel dengan nama Yahudi sebagaimana nama Ashdod, Ashkelon, Sderot, Kiryat Shimona dan lain-lain.

Ini kerana jika mereka (kaum wanita Gaza hari ini) lemah, maka anak-anak mereka akan tumbuh menjadi penakut dan mempunyai sikap mudah menyerah tetapi Alhamdulillah sekarang mereka tetap teguh dan InsyaAllah sampai hari Qiamatpun bangsa Yahudi tidak akan dapat merasa tenang dengan kezalimannya kerana akan sentiasa ada yang menentang mereka dari satu generasi ke generasi Palestin yang baru.

Inilah yang seharusnya kita belajar daripada mereka.

1 April, 2009

Palestine Solidarity Week 2009

Posted in Events, Ijlis bina nu'min saah at 11:19 pm by ~ibn ismail~

Assalamualaikum wbt..

In conjunction with the Palestine Solidarity Week 2009 (March 30th – April 3rd), a special public lecture featuring a prominent Australian journalist and writer,  Antony Loewenstein was held today (6:00pm in Charles Pearson Theater, The University of Melbourne).

To be in the lec theatre, I felt quite a mixed feeling since this was the 1st time that I’ve attended such lec so far. Not too excited nor boring. I’ve jotted some points through out the lec;

1. The Israel is really hit by the boycott (so, please continue boycotting) – Connex is supporting Israel by building the rail track across the border….
2. The pics speak for itself – the horror of the war
3. Jews are shifting to support the Israel agenda
4. Be clear about the difference between the Jews and Zionis
5. In about 10 years, the Jews will be outnumbered  by the Arabs
6. 2 solution states – is a lie – no peace  (durgH…)
7. Fatah is corrupted and backed up by the US (durghH…)
8. Hamas – getting more open towards media and international
9. Who are the rejectionists? Palestines or Israelis? (sudah terang lagi bersuluh)
10. Arab League is useless beyond belief (half true in a way)
11. Massive discrimination upon Arab Jews in Israel
12. Israel can’t behave in the name of Jews (misleading)
13. Editor and journalists are being terrified and pressured by the Israel
14. Charles Freeman was asked to step down after he mentioned that the Israel plan is insane.
15. The ultimate truth: the Jews don’t want to have a room for debate on this issue (I wonder y??)

All in all;

al-baqarah-120

Neither the Jews, nor the Christians, will accept you, unless you follow their religion. Say, “GOD’s guidance is the true guidance.” If you acquiesce to their wishes, despite the knowledge you have received, you will find no ally or supporter to help you against GOD. [Al-Baqarah:120]

22 March, 2009

Terdetik…

Posted in I ask Allah, Ijlis bina nu'min saah at 10:43 pm by ~ibn ismail~

65_31

[65:3] And will provide for him whence he never expected. Anyone who trusts in GOD, He suffices him. GOD’s commands are done. GOD has decreed for everything its fate.

alkahfi-ayat-28

[18:28] You shall force yourself to be with those who worship their Lord day and night, seeking Him alone. Do not turn your eyes away from them, seeking the vanities of this world. Nor shall you obey one whose heart we rendered oblivious to our message; one who pursues his own desires, and whose priorities are confused.

Next page