Ta’aruf
Mohd Sukri Ismail. Dilahirkan pada tanggal 12 Jun 1985 di Hospital Besar Kuantan, Pahang. Menetap di Kemasek hampir 22 tahun dan sekarang di Kampung Meraga Beris, Kijal, Kemaman, Terangganu. Mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Kemasek dan melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di SM Sains Dungun, Terengganu selama 5 tahun (1998-2002). Kemudiannya melangkahkan kaki ke Kolej MARA Banting mengikuti foundation studies (International Baccalaureate – IB) selama 2 tahun (Jun 2003 – Mei 2005). Berbekalkan doa dan semangat, berjaya ke menara gading di The University of Melbourne dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal (Julai 2005 – Jun 2009).
Sekarang, meniti hari-hari terakhir di bumi rahmah Melbourne yang subur dgn daie yg berkerja di jalan Allah swt. Menyeru manusia ke arahNya; menjadikan himmah aliyah, nafisah al-wafa’ serta tadhiyyah al-azim sebagai asas, terus memacu manusia sejagat menuju syurga firdaus….
Abu Hamzah said,
7 July, 2009 at 6:58 am
Salam Ziarah… Setahun tak berjumpa..
Teruskan perjuangan..