14 May, 2009

Kiri atau Kanan???!

Posted in I ask Allah, Ijlis bina nu'min saah at 2:14 pm by ~ibn ismail~

kirikananMembuat pilihan sudah menjadi lumrah. Saban hari, kita sudah sebati dengan kiri atau kanan, putih atau hitam malah kita turut memilih antara sekarang atau sebentar. Bermula dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besarnya seperti antara jalan hidup yang haq atau batil. Dalam menyelusuri suka duka kehidupan ini, seseorang harus bijak membuat keputusan samaada untuk empunya diri ataupun orang lain. Allah swt telah berfirman dalam surah Al-Balad, surah ke 90 ayat 10, “Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (kebajikan dan kejahatan)”. Juga sekali lagi dalam surah seterusnya; As-Syams ayat 8-10 yang bermaksud,  “Maka Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketaqwaannya. Sungguh beruntunglah orang yang menyucikannya dan sungguh rugi orang yang mengotorkannya”. Sebagai seorang hamba yang telah berjanji dengan janji yang agung (mu’ahadah) untuk menjadi khalifah di muka bumi ini, kita seharusnya memegangnya ibarat menggigit dengan gigi geraham kita. Kuat dan tegar. Namun, ianya bukanlah semudah yang disangka akal. Meskipun memilih jalan kebaikan adalah fitrah manusia, akan tetapi nafsu dan syaitan sering membisik keji. Pelbagai mehnah (ujian) serta anasir-anasir luaran turut sama memeriahkah sesi pemilihan ini. Nafsu dan akal bertelagah. Jika akal menang, haq-lah pilihannya. Sekiranya nafsu menghantui, maka batil-lah jalannya.

Imam Al-Ghazali mengibaratkan hawa dan nafsu seperti pekerja yang sekali-sekala mendongak kepala melihat kepada tuannya. Apabila mendapati tuannya lalai, maka mereka bertindak menguasainya dan memperhambakannya. Maka jadilah akal manusia itu diperhambakan hawa nafsunya. Sungguh malang dan rugi sekali sekiranya kita tergolong di antara mereka ini. Na’uzubillahi min zalik. Allah swt turut berfirman, “Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.” [Yusuf, 12: 53]. Eksklusif hanya kepada mereka yang berfikir, perlunya peningkatan dalam zatiyah (iltizam) diri untuk memacu ke arah kebaikan (fastabikul khairat). Namun, harus juga wujud kesedaran secara praktikal, agar kita tidak menjadi ibarat sepohon kayu daunnya rimbun tapi buahnya satu pun tiada.

1 Comment »

  1. penapistola said,

    salam,

    jazakallahukhair atas pesanan ringkas yang amat menyentuh hati. kadang2 kita seronok tgk daun hijau lebat, tp tak ada buah. org tak dpt tersenyum kerana enaknya buah tp skadar lega adanya teduhan.

    moga pokok kita berbuah, berdaun, tinggi, sihat dan seterusnya. semua kerana Allah mengizinkan.

    ma sya Allah, subhanallah, alhamdulillah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.