07.24.09
Ameen….
اللهم أنتَ أعلم بي من نفسي، وأنا أعلم بنفسي من الناس
فاغفر لي ما لا يعلمون، واجعلني خيرًا مما يظنون
Ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih mengetahui tentangku dari diriku sendiri, dan aku lebih mengetahui tentang diriku dari manusia lain. Maka ampunilah aku apa yang mereka tidak mengetahuinya dan jadikanlah aku lebih baik dari apa yang mereka sangkakan…….
//Doa Abu Bakar As-Siddiq
07.11.09
Antara ijazah dan risalah
Assalamualaikum wbt…
Sudah lama tak menjenguk laman sendiri…bukan tak mahu, cuma tak berkesempatan…Apa khabar semua? Harapnya sihat selalu dan tak pernah kunjung jemu…
Alhamdulillah, mlm semalam dah dpt results terakhir sepanjang pengajian di university…sekali lagi, segala pujian dirafa’kan kehadrat Allah swt jua…Sang Khaliq…with the results in hand, now I’m a Melbourne Uni graduate…alhamdulillah….lepas satu ijazah. Risalah mcmana? tiada graduasi pada hakikatnya. tarbiyyah tak pernah ada majlis khatamnya. berjalan seiringan waktu, tasawur dan kehendaknya…
esok, rancangnya hendak membuat ziarah rumah ke rumah mempromosikan Seminar Mahasiswa Malaysia (SMM) serta Roadshow Palestin (RSP). boleh layari laman web famsymsd.com utk keterangan dan promosi lanjut. jumpa anda di sana…
06.01.09
3in1

Assalamualaikum. Ahoy people.. How are your preparations for exams amidst the cold weather? Don’t forget to keep yourself insulated and warm when going out. You wouldn’t want to be sick during exams!
Is that time of year again, where we have started to think about what to do during our month long winter holidays, despite the exams peeking around the corner. Who wants to just stay at home?
To help you in making your winter holidays a memorable one, come join our winter programs.. Skitrip, Jalinan Musim Dingin and our annual not-to-be-missed Wintertrip! Open to all brothers and sisters, but be warned.. Places are limited. To confirm a place in any activity (or in all 3) book now! You can do this by clicking the ‘Forms’ tab at the top of the page,click on winter activities and fill in the form. We’ll get in contact with you once your application has come through.
A special price for those who are planning to attend all 3 activities – An astonishing low $370 for a place to go on our Skitrip, Jalinan Musim Dingin and Wintertrip. Why wait?! Book now! Offer ends on the 20th June 2009. Individual price as stated in the poster.
For more details, please view our promotional poster above or you can email us at famsymsd@gmail.com. Better still, you can directly call the contact people listed in the poster for more info. Flyers have been distributed and also available on the counter in Bouveri St prayer room (MelbUni). Plus, for those who are interested, please deposit some amount of payment according to the respective event to confirm your place~!. No need to worry if you don’t have enough money now as the remaining fee can be paid on the day of event itself. Please do so to;
Name: Siti Aishah Wan Mohd Hasni
Bsb: 083 457
Acc: 795288916
Description: <name><winter09> (e.g “Ahmad winter09″)
Good luck in your exams! May Allah guide you along your way to success insyaAllah.
famsymsd.com
http://www.famsymsd.com/v1/?p=268
05.14.09
Kiri atau Kanan???!
Membuat pilihan sudah menjadi lumrah. Saban hari, kita sudah sebati dengan kiri atau kanan, putih atau hitam malah kita turut memilih antara sekarang atau sebentar. Bermula dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besarnya seperti antara jalan hidup yang haq atau batil. Dalam menyelusuri suka duka kehidupan ini, seseorang harus bijak membuat keputusan samaada untuk empunya diri ataupun orang lain. Allah swt telah berfirman dalam surah Al-Balad, surah ke 90 ayat 10, “Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (kebajikan dan kejahatan)”. Juga sekali lagi dalam surah seterusnya; As-Syams ayat 8-10 yang bermaksud, “Maka Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketaqwaannya. Sungguh beruntunglah orang yang menyucikannya dan sungguh rugi orang yang mengotorkannya”. Sebagai seorang hamba yang telah berjanji dengan janji yang agung (mu’ahadah) untuk menjadi khalifah di muka bumi ini, kita seharusnya memegangnya ibarat menggigit dengan gigi geraham kita. Kuat dan tegar. Namun, ianya bukanlah semudah yang disangka akal. Meskipun memilih jalan kebaikan adalah fitrah manusia, akan tetapi nafsu dan syaitan sering membisik keji. Pelbagai mehnah (ujian) serta anasir-anasir luaran turut sama memeriahkah sesi pemilihan ini. Nafsu dan akal bertelagah. Jika akal menang, haq-lah pilihannya. Sekiranya nafsu menghantui, maka batil-lah jalannya.
Imam Al-Ghazali mengibaratkan hawa dan nafsu seperti pekerja yang sekali-sekala mendongak kepala melihat kepada tuannya. Apabila mendapati tuannya lalai, maka mereka bertindak menguasainya dan memperhambakannya. Maka jadilah akal manusia itu diperhambakan hawa nafsunya. Sungguh malang dan rugi sekali sekiranya kita tergolong di antara mereka ini. Na’uzubillahi min zalik. Allah swt turut berfirman, “Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.” [Yusuf, 12: 53]. Eksklusif hanya kepada mereka yang berfikir, perlunya peningkatan dalam zatiyah (iltizam) diri untuk memacu ke arah kebaikan (fastabikul khairat). Namun, harus juga wujud kesedaran secara praktikal, agar kita tidak menjadi ibarat sepohon kayu daunnya rimbun tapi buahnya satu pun tiada.
05.06.09
Jalinan Musim Luruh FamsyMSD-ISMA 2009
Nantikan Jalinan Musim Dingin, Winter Trip, Ski Trip, dan banyak lagi….khas buat mengikat ukhuwah, tingkatkan iman, kentalkan jasmani barisan pemuda/i islam…..
05.01.09
Volunteering is so much fun~!
Assalamualaikum wbt….
I just got back from Jolimont train station in Richmond for a very good cause. I’ve participated as a volunteer to sell merchandise to the public in the awareness of collecting the money to brighten up the seriously ill children in all around Australia. It was organised by the Starlight Children’s Foundation Australia and the event was called ‘Starlight Day’ . It was my second volunteering experience. The first one was on April 5th; Run for the Kids (Citylink-Herald Sun) as the finish line drink station assistant.
I would like to share my experience of getting to know the community. At first I was kind of hesitate to be at the event (even I enjoyed filling up the online forms – as always). I was thinking of ‘how am I going to sell things?‘, ‘I’m not good in english’, ‘how about if they ask me things that I can’t answer them?’, ‘I know nothing about Starlight Foundation‘…and the list goes on. But, after I received a call from my station leader, I had to do it no matter what. No turning back~! I was scared and nervous…
Took off to the station at about 6:20am and reached there 15 mins later, I met Andrew Barcellona – my station leader. He was very nice, good looking young man and he’s my age~! But he’s working now at the EnY-Flinders St. He went to MelbUni and graduated last year in Bachelor of Commerce & IT – he’s sure a very good student..good on him. Having a chat and preparing for the day, he handed me a yellow t-shirt, a cap, a merchandise box and some change.
At about 7am (suppose 7:30am – early start), we started to collect the donation (sell things). After my first sale, I got so (I mean very very so) excited and confident that I can do this. I never thought of selling even a single item (low self-esteem – not good). After a while, people got so many and I went ‘good morning, how are you? want to buy and donate for the kids?’….standard procedure. I was enjoying the moment.
There were also kind-hearted people who gave donations without taking any items. They even gave us uncounted change – practically everything in their wallet/pockets. Among the people I met, some were saying some unpleasant comments such as ‘I don’t have stray change for you guys!‘ or even worse ‘the govt should provide the money, keep the pressure on!‘. Andrew and I took it easy…It was nice to have it straight to your face…Then u’ll know there are many kinds of mentality towards charity campaign.
There you go…I’ve told you earlier…volunteering is so much fun~! Apart from nice t-shirts, caps, meal vouchers and new friends…u’ll never know what to expect..it’s like a box of choc..(is it really?..naaH)…..Next up, would be Run for Melbourne which scheduled on June 28th and iA The Sound of Light Concert 09. Am looking forward to volunteering again~!





All in all, I remember this one hadith;
Hadith Ibn Umar Radhiyallahu ‘anhuma
“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai dan bersabar di atas kesakitan yang timbul akibat pergaulan itu, adalah lebih baik daripada seorang mukmin yang tidak bercampur gaul dengan orang ramai dan tidak sabar di atas kesakitan akibat pergaulan itu”
(Al-Tirmidhi 2507, Ibn Majah 4032)
Wslm.
04.21.09
Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis



Aman Palestin Berhad adalah sebuah syarikat yang tidak berasaskan keuntungan. Ia ditubuhkan untuk membangunkan kefahaman masyarakat Malaysia mengenai isu-isu Palestin. Dalam memikul tanggungjawab yang besar dan mulia ini, semua peringkat di dalam masyarakat diajak untuk bersama-sama menyokong usaha bagi membebaskan bumi Anbia’ yang bersejarah daripada cengkaman Zionis. Ia memerlukan kerjasama yang erat di dalam menangani isu ini.
Tidak dinafikan lagi bahawa dunia kini menyaksikan kerakusan Zionis dalam usaha mencapai cita-cita besar mereka. Zionis mempunyai agenda utama tersendiri yang tidak dapat disembunyikan lagi, iaitu agenda menubuhkan sebuah negara yang dinamakan “Israel Raya”. Apa yang disaksikan kini, agenda mendirikan sebuah negara yang besar itu tidak mungkin akan tercapai dalam keadaan mereka ditentang dengan penentangan yang amat kuat, sehingga mereka terpaksa berundur sedikit demi sedikit pada ketika dan saat ini.
Justeru itu Aman Palestin dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) akan menganjurkan satu seminar yang bertajuk “Berakhirnya Agenda Zionis” bagi memberikan penjelasan kepada masyarakat khususnya golongan belia supaya melihat semula kegagalan Zionis di dalam mendirikan sebuah negara yang agung tersebut.
Objektif
1. Memberikan kefahaman yang mendalam kepada masyarakat khususnya golongan
2. belia terhadap agenda Zionis yang paling utama untuk menguasai dunia sudah berakhir.
3. Membangkitkan kesedaran tentang bahaya projek Zionis untuk menguasai dunia dan sejauh manakah kesan kewujudan mereka kepada dunia sejagat.
4. Membuat pendedahan kepada masy terhdp propaganda Zionis dlm mendirikan Israel Raya.
5. Memberikan persepsi yang sebenar kpd masyarakat terhadap status terkini agenda Zionis.
6. Memberikan kesedaran tentang langkah-langkah yang boleh dimainkan oleh masyarakat bagi menghadapi agenda Zionis.
Sila layari http://www.kbaz.net/
Hari/Tarikh: Sabtu/9 Mei 2009
Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Yuran Penyertaan: RM 10.00
(yuran penyertaan boleh dibayar pada hari konvensyen tersebut di kaunter pendaftaran)
* Untuk pengesahan kehadiran;
sila hantarkan nama dan nombor IC ke 0196077372.
PEMBENTANG
Dr. Mohsen Saleh
Pengarah Institute of Islamic Political Thought (IIPT), London
Dr. Azzam al-Tamimi
Pengarah Besar, Pusat Penyelidikan dan Pengajian Az-Zaytouna, Lubnan
Dr. Roslan b Mohd Nor
Penerima Anugerah Akademik Institut Al-Makhtoum 2003 & 2006 PhD in ‘Islamic Jerusalem Studies’, Aberdeen University Scotland
ATURCARA KONVENSYEN
8.00 – 8.30 PAGI: Pendaftaran Peserta
8.30 – 9.30 PAGI: PEMBENTANGAN I – Dr. Roslan bin Mohd Nor
(Kejatuhan Islam dan Kewujudan Negara Israel)
9.30 – 10.00 PAGI: Kehadiran VVIP dan VIP
Ucapan Alu-aluan – Ustaz Abdullah Zaik b Abd Rahman
(Pengerusi Eksekutif Aman Palestin Sdn Bhd)
Ucapan Perasmian – Menteri di Jabatan Perdana Menteri
10.45 – 11.00 PAGI: Jamuan VVIP dan VIP dan jamuan ringan peserta
11.00 – 12.00 TGH: Pembentangan 2 – Dr. Azzam al-Tamimi
(Sejauh Manakah Kesan Kewujudan Zionis pada Dunia Sejagat)
12.00 – 1.00 TGH: Pembentangan 3 – Dr. Mohsen Saleh
(Hakikat Zionis dan Agenda yang Dipropagandakan)
1.00 – 2.00 PTG: Rehat, makan dan solat
2.00 – 3.00 PTG: Pembentangan 4 – Dr. Azzam al-Tamimi
(Peranan Seorang Muslim dalam Menghadapi Musuh Zionis)
3.00 – 4.00 PTG: Pembentangan 5 – Dr. Mohsen Saleh
(Kebangkitan Islam di Palestin dan Status Agenda Zionis Masa Kini)
4.00 – 5.00 PTG: Majlis Penutup
Ucapan Penangguhan – Dr. Kamil Azmi Tohiran
Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)
Sebarkan.

